Memaparkan catatan dengan label AGAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAMA. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Ogos 2009

PENTUNJUK ALLAH

Photobucket

ALLAH MAHA BESAR, MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI UMAT- UMATNYA.

HAYATILAH MAKNA YANG TERSIRAT GAMBAR DIATAS... ITU ADALAH SUATU PETUNJUK DARI ALLAH S.W.T UNTUK KITA SEMUA. YA ALLAH ENGKAU MAHA MENGETAHUI BERIKANLAH PETUNJUK KEPADA UMAT-UMAT ISLAM YANG LALAI UNTUK MENYEMBAHMU , JAUHKAN LAH KAMI DARI BENDA-BENDA YANG HARAM DAN YANG MEMLALAIKAN / MENYESATKAN UMAT ISLAM. WAHAI SAUDARA-SAUDARI SEWAKTU PERTAMA KALI SAYA MELIHAT GAMBAR INI DI INTERNET MEMANG SAYA RASA BEGITU KERDIL,TAKUT, INSAF DAN BERMACAM - MACAM LAGI YANG BERMAIN DI FIKIRAN SAYA. ADAKAH SAUDARA-SAUDARI BEGITU JUGA??

GAMBAR DIATAS ITU DIAMBIL DI NEGARA ARAB PADA TAHUN 2008 HARIBULAN NYA SAYA TAK PASTI BILA.

Khamis, 9 Julai 2009

Pokok-pokok kebaikan di dunia

ALLAH beri bermacam-macam kebaikan di dunia buat hamba-hamba yang
dikehendaki- Nya. Dan segala kebaikan itu pula bermanfaat untuk akhirat
mereka. Bagaimana kita hendak tahu kita telah mendapat kebaikan di
dunia atau tidak? Apa kata para ulama mengenai kebaikan di dunia itu?

Ulama-ulama dahulu termasuk Ibnu Katsir, telah menyenaraikan apa itu
kebaikan di dunia di dalam kitab-kitab mereka. Apa yang mereka
senaraikan itu semuanya dilihat dari neraca agama dan penilaian Allah
serta bertepatan dengan fitrah manusia yang inginkan kebaikan dalam
hidup.

Kebaikan yang disenaraikan itu meliputi perkara-perkara berikut:
kesihatan, isteri yang solehah, rezeki yang luas lagi halal, anak-anak
penyejuk hati, kerehatan, ilmu yang bermanfaat, amal soleh, rumah yang
aman, kenderaan yang baik, dan pandangan baik dari orang.
Kebaikan di dunia juga menurut ulama merangkumi limpahan segala nikmat, kesejahteraan hidup dan taufik dari Allah Yang Esa.

Ada juga ulama mengatakan kebaikan di dunia itu meliputi tiga
perkara iaitu hati yang bersyukur, lidah yang berzikir dan tubuh badan
yang sabar (dalam menanggung ujian Allah). Tiga perkara ini terkandung
dalam doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Senarai kebaikan di dunia oleh ulama-ulama ini bukan hanya dilihat
pada perkara-perkara lahir yang dapat dipandang mata tetapi juga
perkara-perkara batin yang dapat dirasai oleh hati. Perkara-perkara itu
adalah pokok-pokok kebaikan di dunia.

Pokok-pokok Kebaikan Di Dunia

Apa rasionalnya mereka mengatakan demikian? Kenapa dikatakan semua itu kebaikan di dunia? Mari kita lihat dan cuba huraikan:

1. Mendapat taufik dan hidayah Allah SWT
Orang yang mendapat taufik dan hidayah ertinya dia seorang yang
dibantu oleh Allah untuk mengamalkan Islam. Islam bererti "selamat".
Orang Islam kalau kekal mendapat taufik dan hidayah dari Allah, akan
selamat di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW : "Sungguh beruntung
orang yang beragama Islam..." (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abi Zar r.a., Rasulullah SAW bersabda, (Hadith Qudsi) "Firman
Allah Taala: Wahai hamba-hamba- Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku
kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua
maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri.
Wahai hamba-hamba- Ku, semua kamu adalah sesat kecuali orang-orang
yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya
akan Aku berikan. Wahai hamba-hamba- Ku semua kamu adalah dalam
kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka
mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu.

Wahai hamba-hamba- Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali
orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku
nescaya akan Aku berikan. Wahai hamba-hamba- Ku, kamu semua melakukan
salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka
pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan..." (Hadis
Riwayat Muslim)

2. Diberi kefahaman dalam agama
Untuk amalkan Islam perlukan kefahaman. Siapa yang diberi kefahaman
tentang Islam juga dikira telah mendapat kebaikan di dunia. Orang Islam
yang tidak diberi kefahaman tentang Islam oleh Allah akan mengamalkan
apa yang disangkanya dari ajaran Islam tetapi sebenarnya menyeleweng
dari Islam. Hidupnya tak akan benar-benar selamat dan tak mampu
menyelamatkan orang lain.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan
kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari
dan Muslim)

3. Dapat berbuat amalan soleh
Dengan kefahaman agama yang Allah beri, seseorang itu dapat berbuat
amal soleh. Ini juga merupakan kebaikan di dunia kerana hidup akan
terisi perkara baik dan tidak terumbang-ambing. Firman Allah yang
bermaksud: "Katakanlah: "Hai hamba-hamba- Ku yang beriman, bertakwalah
kepada Tuhanmu". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperolehi
'hasanah' (kebaikan). Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya
hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa
batas." (Surah Az-Zumar, ayat 10)

4. Mendapat ilmu yang bermanfaat
Ilmu yang bermanfaat adalah panduan untuk mengisi hidup dengan
perkara-perkara baik dan selamat. Sebab itu Rasulullah SAW berdoa: "Ya
Allah ya Tuhanku, berikanlah manfaat kepadaku dari apa-apa Engkau
ajarkan kepadaku dan ajarkan daku apa-apa yang bermanfaat buat diriku."
(Hadis Riwayat at-Tabrani)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan
dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat
maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya
maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Ilmu pengetahuan menurut Islam sama ada yang berunsur keduniaan
mahupun keakhiratan adalah bersifat sepadu (integrated) dan saling
berhubung di antara satu sama lain. Berasaskan pegangan inilah maka
kehidupan dunia akan dapat dijadikan persediaan untuk kehidupan di
akhirat.

Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu naqliyah yang berteraskan wahyu
seperti aqidah, syariah dan akhlak dan ilmu aqliyah iaitu ilmu yang
pada zahirnya dipandu oleh akal bagi memperolehi kejayaan dan kemajuan
duniawi. Kedua-dua jenis ilmu ini bersepadu bagi mencapai satu matlamat
iaitu keredhaan Allah SWT.

Islam menggalakkan umatnya memiliki seberapa banyak ilmu dalam usaha
mencari kehidupan yang baik dan sempurna disamping memajukan masyarakat
menurut lunas-lunas yang dibenarkan oleh Islam.

5. Mendapat isteri yang solehah

Kebahagiaan hidup adalah perkara yang semua orang impikan.
Kebahagiaan selalunya bermula di rumah. Siapa yang mendapat pasangan
hidup yang baik patut bersyukur kerana di situlah tanda kebahagiaannya.
Isteri atau suami yang baik ini juga membantu seseorang mendekatkan
diri kepada Allah. Itulah antara kebaikan di dunia buatnya.

Sabda Rasulullah SAW : "Empat dari tanda-tanda kebahagiaan
seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh),
teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negerinya sendiri."
(Hadis Riwayat ad-Dailami dari Ali r.a.)
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Apabila seseorang isteri
meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk
syurga." (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)

Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di
mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri
pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.

Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri
adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada
perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan
dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.

Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana
kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak
pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya
menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.
Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami
isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri
idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti
berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan
agamanya.

Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah
untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti
isteri nusyuz dan sebagainya.

Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang
telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam
mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak
bertanggungjwab.
Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata
wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan
sentiasa aman dan bahagia.

Namun ada juga orang yang Allah beri kebaikan walaupun tidak
mendapat pasangan hidup yang soleh atau solehah. Buat mereka Allah
kurniakan pahala sabar dalam mendidik atau sabar dalam menghadapi
kerenah pasangannya.
6. Mendapat zuriat penyejuk hati

Betapa sejuknya hati kalau anak-anak taat, hormat dan tahu berbakti.
Tanpa tiga perkara ini, tidak ada erti kepandaian, kedudukan dan
jawatan tinggi yang dibangga-banggakan pada anak. Anak yang baik akan
terus memberi manfaat setelah kematian kita. Pahala amalan baiknya
hasil didikan kita terus mengalir kepada kita dan kita juga menerima
kebaikan dari doa mereka.

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda yang
bermaksud : "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang
solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa."
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang
dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan
empat elemen asas yang penting iaitu:

Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra
dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran
dengan baik dan tenang.

Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat
selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin
keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh
bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling
mengambil berat di antara satu sama lain.

Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah
berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika
berbelanja.

Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.
Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain,
mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari
ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran
kemewahan turut berbeza.

7. Mendapat kawan-kawan yang solihin
Perkara ini juga disebut dalam hadis sebagai tanda kebahagiaan.
Kawan yang baik akan tegur kesalahan kita dan mengajak kita buat baik.
Kawan yang soleh atau solehah ini akan bawa kita ke jalan hidup
selamat. Mereka tempat berkongsi masalah dan kegagalan, bukan hanya
berkongsi senang dan kejayaan.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, "Manusia yang paling dikasihi
Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan
yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang
Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan
keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar.

Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan
hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam
masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya
sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi
keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang
berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat
saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan
kakinya (ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang
buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." (Hadis
Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari
Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala,
kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai
keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan
yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam
hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.

8. Kesihatan, kesejahteraan dan kelapangan
Dengan kesihatan yang baik, banyak perkara dapat dilakukan dalam
hidup ini. Orang Mukmin memanfaatkan kesihatan untuk buat sebanyak
mungkin kebaikan sebelum datangnya sakit. Kesihatan juga sering
dikaitkan dengan kesejahteraan hidup. Rasulullah SAW memohon: "Ya
Allah, `afiatkanlah tubuh badanku dan `afiatkanlah pendengaranku. "
(Hadis Riwayat Ibnu Syaibah)
Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda,
"Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar
iaitu kesihatan dan kelapangan." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Seseorang itu hendaklah menjaga kesihatan yang mana kesihatan itu
adalah satu nikmat daripada Allah, hendaklah digunakan masa sihat itu
dengan amal kebajikan dan amalan salih sebelum sakit. Seseorang itu
janganlah mensia-siakan masa lapangnya terbiar begitu sahaja, ianya
hendaklah digunakan untuk melakukan semua perintah Allah yang diredai.
Kedua nikmat sihat dan kelapangan itu adalah cubaan Allah ke atas
manusia. Oleh itu hendaklah digunakan masa sihat dan lapang itu untuk
memerangi hawa nafsu. Sesiapa yang berjaya pasti akan mendapat
kemenangan begitu juga sebaliknya.

9. Panjang umur di dalam ketaatan
Hampir setiap orang mahu hidup lama, kecuali orang yang putus asa
dengan hidup. Paling baik kalau dapat panjang umur sambil berbuat
ketaatan kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya
sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati
Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia
dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh
Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang
mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat,
maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya. "
(Hadis Riwayat Jabir r.a.)

10. Mendapat rezeki yang halal
Rasulullah SAW menekankan agar umatnya berusaha mendapatkan rezeki
halal kerana ia akan memberkatkan hidup. Dalam satu hadis, baginda
mengatakan bahawa mencari rezeki yang halal itu satu jihad. Malah
sabdanya: "Amalan yang paling utama itu ialah mencari rezeki dari usaha
yang halal." (Hadis Riwayat al-Hakim)

Dari Abdullah bin Amru bin `Ash r.a. katanya, Rasulullah SAW
bersabda: "Sungguh amat beruntunglah orang yang Islam (berserah diri)
dan merasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah serta berpada dengan
apa yang diberikan-Nya. " (Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW telah menasihatkan kita agar melihat kepada orang
yang di bawah. Jangan melihat kepada orang yang di atas (lebih bernasib
baik) kerana yang demikian itu akan membuatkan kita menjadi tidak
bersyukur. Namun itulah masalahnya yang berlaku pada setiap daripada
kita. Sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang
lebih banyak. Tetapi ini bukan pula bererti bahawa kita tidak boleh
mengejar yang lebih baik. Rezeki itu hak dan kepunyaan Allah. Maka
bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu kerana tiada rezeki untuk
kita tanpa ada keizinan daripada-Nya.

11. Beroleh keimanan dan ketakwaan
Dengan iman dan takwa, seseorang itu mulia di sisi Allah dan di sisi
manusia. Siapa yang tak sukakan kemuliaan? Sabda Rasulullah SAW :
"Semulia-mulia manusia adalah orang yang paling bertakwa di antara
kamu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda : "Hendaklah kamu bertakwa, kerana ia merangkumi semua kebaikan." (Hadis Riwayat Abu Ya´ala)
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah
mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak
menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)." (Hadis
Riwayat Muslim)

Yang dimaksudkan dengan kaya di sini ialah kaya jiwa bukan kaya
harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis. Tiga perkara yang
apabila dilakukan oleh seseorang maka ia dikasihi oleh Allah SWT ialah :
BertaqwaKaya Jiwa (Berakhlak mulia)Tidak menonjolkan diri

Setiap umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki dirinya dari masa
ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut diatas secara
berperingkat- peringkat. Islam menyuruh umatnya supaya bertaqwa kepada
Allah dan mempunyai sifat-sifat yang mulia dan berbudi bahasa, jangan
bersifat sombong, ego dan sebagainya yang boleh menjatuh dan
merendahkan mertabat kemuliaan manusia itu sendiri.

12. Banyak mengingati Allah SWT
Nikmat paling besar yang manusia cari-cari dalam hidup ialah nikmat
ketenangan. Orang Mukmin adalah orang yang hidupnya penuh ketenangan.
Firman-Nya: "...orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi
tenteram dengan mengingat Allah. Sesungguhnya hanya dengan mengingati
Allah itu, hati akan menjadi tenteram (tenang)." (Surah Ar-Ra´ad, ayat
28)

Sabda Rasulullah SAW : "Aku berpesan kepada kamu semua supaya
mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari
segala kesulitan duniawi." (Hadis Riwayat ad-Dailami)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tujuh golongan manusia
yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang
tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam
(pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah,
lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang
saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan
berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan
serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku
takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah
lalu
menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang
mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Orang yang mencintai Allah SWT dengan hati yang ikhlas semestinya
akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia
bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan
dari dalam dirinya.

Dalam riwayat yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya
: "Tanda cintakan Allah SWT ialah mengingati Allah SWT (zikrullah) dan
tanda Allah SWT murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati
Allah." (Hadis Riwayat Baihaqi)
Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu
adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu ukur terpenting
dalam menilai kualiti iman seorang muslim yang sebenar.

Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila mengingati
Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan sembahyang, membaca
al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi orang yang tidak cintakan
Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimah-kalimah
Allah dan malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk
beribadat kepada Allah.
Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang
mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah SWT,
kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin, jalan hidupnya sentiasa
sejahtera dan selamat.
Sebaliknya mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya akan didapati kosong, kecewa dan hampa.

13. Berjaya menyucikan jiwa dari mazmumah
Hidup tak akan tenang jika hati penuh hasad dengki, tamak, takut,
benci, keluh-kesah dan lain-lain sifat mazmumah. Tidak hairanlah
dikatakan, orang yang bersih hatinya dari sifat mazmumah ini adalah
orang yang mendapat kebaikan di dunia. Bila menghadapi musibah, dia
sabar dan bersangka baik dengan Allah.

Misalnya jika ada orang terganggu dengan turunnya hujan pada waktu
hujan itu `tak diperlukan´, dia sentiasa mencari hikmah di sebaliknya.
Bila dapat nikmat pula, dia bersyukur. Hatinya tak pernah keluh-kesah.
Firman Allah Taala: "Sesungguhnya berjaya dan beruntunglah orang yang
menyuci (membersihkan) jiwanya." (Surah Al-A´la, ayat 14)

14. Mati di dalam kebaikan (Husnul Khotimah)
Ini merupakan penutup segala kebaikan di dunia. Firman Allah SWT :
"....demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertaqwa,
(iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para
malaikat dengan mengatakan (kepada mereka) Salamun `Alaikum." (Surah
An-Nahl, ayat 32)

Sabda Rasulullah SAW : "Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu
berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada
Allah." (Hadis Riwayat Abu Na´im)

Para ulama yang beramal dengan ilmunya melihat sesuatu dengan mata
hati. Oleh itu, dalam senarai kebaikan di dunia yang mereka turunkan di
atas, tidak ada perkara-perkara berbentuk nikmat zahir semata-mata.
Misalnya mereka tidak kata kebaikan di dunia itu ada pada rumah besar,
kedudukan tinggi, isteri cantik, duit banyak, nama popular, kenderaan
mewah dan lain-lain yang sering kita buru hari ini. Semua ini tidak ada
dalam senarai para ulama. Bermakna, mendapat semua itu belum bererti
mendapat kebaikan yang hakiki.

Kebaikan di dunia itu sebenarnya milik hamba-hamba Allah yang taat -
hamba yang lebih utamakan akhirat dari dunia. Dalam surah an-Nahl ayat
122 dinyatakan bahawa Allah telah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
hasanah (kebaikan) di atas kehidupan dunia.
Ayat ini menjadi dalil bahawa ada kebaikan duniawi yang Allah akan
beri kepada hamba-hamba- Nya yang dikehendaki. Walaupun mengutamakan
akhirat, Allah akan dahulukan bermacam-macam kebaikan buat mereka di
dunia lagi. Dan segala kebaikan itu pula bermanfaat untuk akhirat
mereka.


[2.200] "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia, dan
tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat." [2.201] "Ya
Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami dari siksa neraka

Jumaat, 5 Jun 2009

Pertahankan Agama Islam

email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau
apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang
mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam
sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan
email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang
Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita
mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan
dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas
ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang
terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari
jalan yang betul.


'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu?
Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman,
tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes
murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta,
ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu
seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah
sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak
tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta
saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang
paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang
saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah
Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman
kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan
perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari
Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari
Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad.
Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun
1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad,
sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita
Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes
ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem
pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari
segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system
perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman
kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak
dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang
terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang
sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke
sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh
melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan
ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan
dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh
tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata,
tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi
azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia
hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan
dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi
keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung
dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk
di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.
Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL
begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak
bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh
murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan
begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata
sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi
forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan
jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta
Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah).
Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah.
Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan
secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11
Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung
soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh
28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh
Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran
agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan
surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang
dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa,
abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah
menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan
menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur
(18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang
memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga
yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan
perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan
undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama
rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut
cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak
lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan
yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah.
Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa
mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan
anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah
datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya
selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di
kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke
restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan
itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya,
bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk
dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si
kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak
pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana
nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya
menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis
buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin
dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak
kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan
itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret
ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina
bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni
Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu
laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu
laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji
Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana
menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu
rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam
negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai
tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah
hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam
mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama
asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak
lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak
isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam.
Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama
Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun.
Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL
dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta
mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas
anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si
emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi
bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat
nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa?
Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada
mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak
tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi
ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang
dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16
Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka,
lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri
Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada
makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan
warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh
Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan,
hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum
cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu
bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah
peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail
tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi
Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang
Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu;
wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan.
Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu
kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur
Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya
sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu
jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas
sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah
harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya
Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana
tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari
Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di
Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena
demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana
dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi
orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah
pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret
di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir
akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di
padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah
tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui
Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang
mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy
kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa
itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga
putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan
Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang
berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang
orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti
Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga
mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut
keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih
mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi
mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak
kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh
mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan
pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh
supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah
SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan
datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar
yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak
nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di
hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir.
Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa
begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual
agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah
murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di
malam gelap.' Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis
cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi
lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu)
pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam
bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak.
Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu
ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi
punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak
sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah
dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa
nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan
wasiatnya ada ditulis dengan emas di London .. Dia berkata: 'Kepada
semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan
kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang,
bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam
menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita,
mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati.
Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi.
Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang
Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan
Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan
Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu,
tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan
Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao
...Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY .
Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam.
Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah
Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan
kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya
tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian
yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam
sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang
asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu
tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan
identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi .

Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam

gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam

di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah
dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu
petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula
oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada
mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan
pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan
seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan
yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah
digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap
ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu
(Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian
nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi.
Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan
bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak
menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal,
menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan
agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi
yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat
Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu
nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu
Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim
Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti,
orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk
menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab
rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint
John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara
menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan
agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam
daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan
maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut,
atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari
fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara
kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua
tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen

politik atau apa saja.

Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku

Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam
sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan
email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang
Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita
mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan
dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas
ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang
terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari
jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita
sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah
dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat
kepada Allah.

INFO KHAS KEPADA UMAT ISLAM

Subject: satu hal yang kita tak ambik berat !!!







Ada lagi satu hal yang kita tak ambik berat !!! Cuba anda fikirkan mengenai perkara ini...

Hal yang saya nak sampaikan aadalah mengenai cara orang kafir iaitu yang berugama Budha

memyampaikan agama mereka dengan melekatkan sticker dibelakang kenderaan dengan Perkataan

*" Amitabatha "* ( kalau tak silap ) Tuan2 tahu tak apa maknanya ???? itu merupakan

sebutan terhadap patung Budha setiap kali mereka menyembah patung mereka. Secara tak langsung

kita turut menyebut perkataan tadi semasa memandu, itulah mereka buat sekarang untuk

menyesatkan kita secara tak langsung. Kalau anda Perhatikan Betul2 banyak kereta

yang lekat sticker ini dan kita ni yang memandu dari belakang dah tentu akan membaca dan

menyebut perkataan itu sama macam mereka memuja patung Budha. *INGAT* Orang2 Kafir Ini

Akan Buat Apa Saja Cara Untuk Mengkafirkan Kita, Cuma kita leka dan lalai kalau anda tak percaya

lihat lah sendiri semasa memandu nanti, Saya hanya nak ingatkan dah baca jangan la sebut kuat2

tak kalau kita ni sama la macam depa. Ini cara terbaru yang secara tak langsung kita terikut2, dah

banyak kereta ada sticker ini yang ditulis perkataan tadi dengan warna kemerahan ada lambang

Budha kecik kalau dilihat dari dekat......Berwaspa da la kawan2 kalau boleh habaq sat kat depa

yang tak tau, takat ni saja yang saya dapat tolong.



ALLAHUAKBAR !

Rabu, 13 Mei 2009

WAKTU HARAM SOLAT

Waktu Yang Diharamkan Bersolat

WAKTU YANG DIHARAMKAN BERSOLAT

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg 7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah waktu syuruk.
Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah s.a.w. mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang meyembah matahari.
Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini.






2. Waktu zawal / istiwa / rembah iaitu waktu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10mins sebelum masuknya waktu zohor.


3. Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat,
kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam.

Wallahualam.

SUDAHKAH ANDA DAN KELUARGA MENUNAIKAN SOLAT?

Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda, " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat....."